Posts

Showing posts from October, 2023

10 SOAL JAWAB TENTANG PELABURAN PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

Soalan 1: Apa itu pelaburan patuh Shariah? Jawapan: Pelaburan patuh Shariah ialah cara melabur wang anda mengikut prinsip Islam, dengan mengelakkan aktiviti yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Soalan 2: Apa yang menjadikan pelaburan ini patuh Shariah? Jawapan: Pelaburan menjadi patuh Shariah apabila ia mematuhi panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Security Commission & ilmuwan Islam untuk mengelakkan unsur-unsur haram. Soalan 3: Apa yang dianggap haram dalam pelaburan? Jawapan: Aktiviti yang dianggap haram termasuk sebarang perniagaan yang melibatkan riba (faedah), judi, arak, dan perniagaan yang tidak berasaskan etika atau prinsip Islam. Soalan 4: Apakah unit amanah patuh Shariah? Jawapan: Unit amanah patuh Shariah adalah pelaburan yang dikumpulkan bersama-sama dari pelabur yang diuruskan mengikut prinsip Islam, dan pulangan daripada pelaburan ini dikongsi mengikut nisbah yang ditetapkan. Soalan 5: Bagaimana saya boleh melabur dalam unit amanah patuh Shariah? J